Wednesday, February 9, 2011

Handphone Hanya Dengan Bateri AAA? Bhahahahaaaa!! xD

neh lagi la pelik.. wakakaa.. lawak ja aku nengok..
ada org nak pakai ka handphone mcm neh?? Bhahaha..


neh la dia.. hahaha.. tengok ok ja.. jom lihat pic seterusnya.. 

lihat.. pakai bateri AAA tuh.. haha.. jenuh la nak tukar bateri..
ntah2 jap je call abeh terus bateri.. hahaha..


Kebiasaan bateri untuk menghidupkan handphone adalah dari jenis lithium ion. Tapi, handphone ini juga boleh menggunakan bateri AAA sebagai gantian sekiranya kehabisan bateri.

Handphone bernama FrvrOn iaitu singkatan dari forever on, telah dikembangkan oleh syarikat di India, Olive Telecommunication. Handphone ini sebenarnya adalah untuk kegunaan warga India yang tinggal di kawasan yang mempunyai masalah elektrik.


huyoo siap ada radio tuh.. jgn maen2.. 
polyphonic lagi.. hahaha.. colour screen..
hahaaa.. so beli la.. hahaha.. 

Kucing Terpanjang Di Dunia? Ooomaiigoshh! haha xD

tadi sambil2 aku surf internet terbaca info dkt satu blog neh..
terkejut jugak lak tgk.. hahaa.. ada gak pekara pelik mcm neh..


Seekor kucing di Amerika telah mendapat sandaran sebagai kucing terpanjang berdasarkan rekod dunia terbaru yang tercatat di dalam Guinness World Record. Kucing yang bernama Stewie itu berusia 5 tahun dan mempunyai tubuh sepanjang 123cm dari mula hujung hidungnya hingga hujung ekornya. "Kami menyedari tubuh Stewie yang panjang sekitar tiga tahun lalu," kata Mr Hendrickson kepada Reno Gazette-Journal. "Semua orang memuji dengan mengatakan, 'Panjang sekali kucing itu!' " Pemilik kucing istimewa itu, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, mengatakan bahawa mereka telah membuat keputusan untuk mendaftarkan kucing mereka ke dalam buku rekod dunia itu setelah mendengar kekaguman orang ramai terhadap kepanjangan tubuh Stewie.Stewie telah mengalahkan rekod kepanjangan kucing sebelumnya yang berukuran 121cm..






Teringat Kenangan Manis Dulu² xD

haishh.. teringat lak tentang zaman dulu2.. neh pun sbb member lama aku tegur di fb..
mcm tak sangka jer.. huhu.. memang dulu best sgt.. bila diingatkan balik.. 
terasa je nak ulang masa..tapi apakan daya.. hanya memori je bersemadi dalam ingatan.. 
aku tak lupa semua yg berlaku dulu..tu la terasa nak post entry kenangan² dulu.. 
sobbbb.. T_____T <- hahaha sedih ala² drama korea..


kadang² aku terfikir gak kawan² aku dulu.. macam mana la diaorang skrg kan.. huhu..
agaknya diaorang masih ingat aku lagi ke? sekarang semua buat haluan masing² je..
walaupun memang aku neh tak banyak kawan.. tetap happy dengan kawan² yg ada..
takpa la nanti ada masa aku citer kenangan² dulu lagi.. sekarang masa tak mengizinkan..
pada kawan² ku walau dimana saja korang berada.. miss u all.. xD 

Sebagai Renungan xD



Tuesday, February 8, 2011

Drama Korea Dream High xD

Drama Dream High Kini Ditayangkan Di Astro KBS WORLD (391)
so yg mana nak layan boleh la tengok.. huhuuu...
tapi dkt internet lagi laju episode dia..
mana2 je la janji tengok.. harus tengok.. hohoo..





:::: Neh Dia Lagu Opening Drama Dream High ::::





 
 
best lagu neh.. x sabo tunggu episode seterusnya.. huhu..

Untuk Orang Yg Suka Sambut Valentine Days.. Renung2kan..

siang tadi time aku online muka buku*Facebook*..
then aku tgk ada satu video yg patut aku share dkt blog neh..
member fb aku yg postkan.. so aku share la dkt sini..
ramai dkt malaysia ni yg tunggu kehadiran Valentine Days..
so yg mana sambut tu jom tgk video neh..





so yg mana sambut tuh renung2kan ok.. 

Saturday, February 5, 2011

Demam Drama Korea ?? Omaiiigoshh! hoho XD

sekarang neh banyak dok layan K-Pop or K-Drama?? hoho..
isu yg paling hangit di malaysia kini.. 
Ais krim POP diaorg tak layan ka? hahaha..
tapi K-Pop or K-Drama dua2 best!! aku pun suka!! hohoo..
jiran2 aku lagi suka.. sampai sambil sidai kain menari ala² SNSD ~Genie~
jgn maen² woo.. haha.. dulu ngumpat pun hal² sini ja.. 
skrg dah up! smbg pasal drama korea la.. lagu korea la..
kdg² ada yg menari hot issue by 4 minute haha..
dulu layan hindustan.. maybe coz asyik golek² ja tu yg jemu..
 drama yg terbaru skrg neh.. tajuk dia Dream High..
citer ni takde lagi tayang kat Malaysia..sebab kat korea tengah tayang skang ni..
so layan online je la... kene sabar menunggu mereka² upload n sub kan dulu..
huhuhu..tapi kerana citer nya best.. ku tetap sabar menunggu..ehehhee..
ok ni aku de skit info n sinopsis citer neh..



**********************************
Judul :Dream High
Genre: Sekolah, romantis
Episodes: 16
Tayang di : KBS2
Masa Tayang: 3 Januari – 22 Februari 2011
Waktu tayang: Isnin-Selasa 21:55



Sinopsis
Drama ini mengisahkan 6 orang pelajar dari Kirin Art High School..
yg berusaha menggapai mimpi mereka untuk menjadi bintang..


Kim Soo-hyun : berperanan sebagai Song Sam-dong. Seorang anak muda dari kota kecil yg tinggal bersama ibunya. Sam Dong punya cita-cita sejak kecil memiliki pertanian sendiri tetapi akhirnya jatuh cinta pada seorang gadis dari Seoul, Hye Mi. dia akan melakukan apapun untuk Hye Mi (Suzy). dia juga merupakan seorang pelajar yang dipilih oleh direktor Kirin Art High School untuk menyertai sekolah muzik itu, dimana akhirnya dia menunjukkan bakat terpendamnya dalam bidang muzik dan mengejar cita-cita menjadi seorang bintang.
  Suzy Miss A : membawa watak sebagai Hye Mi, seorang gadis yg sempurna, terbaik di segala hal. Tapi, disebaliknya, dia mempunyai kepribadian yg kasar. disebabkan masalah keluarga dia terpaksa membatalkan latihan vokalnya dan memaksa diri mengikuti ujibakat untuk menjadi penyanyi pop di SMA seni Kirin. Hyemi sendiri tidak suka penampilan Sam Dong kekampungan dan akhirnya, Hyemi membantu Sam Dong   menukar imej itu.

Taecyeon : mengisahkan Jin Gook seorang anak muda yatim piatu yang di asuh oleh pakciknya sebelah ayahnya, seorang peniaga dan CEO, tapi Jin Gook tidak mau tinggal bersamanya dan memilih jalan hidup sendiri dengan menari bersama teman-temannya di jalanan dan akhirnya menghadiri ujubakat Kirin Arts School. Juga menaruh hati kepada Hye Mi.

Eunjung T-Ara : merupakan sahabat Hye Mi iaitu Yoon Baek Hee. Eunjung merupakan seorang gadis yang tidak pernah mendapat perhatian oleh orang-orang di sekitarnya bahkan oleh ibunya sendiri. selalu bersama Hye Mi kemanapun, akhirnya mereka berdua bersama-sama mengikuti Ujibakat di SMA seni Kirin. Di sinilah dia memulai meraih impiannya…

Wooyoung : memegang watak sebagai Jason, kembali ke korea setelah lama tinggal di USA. Jason sangat berbakat dan sempurna dalam menyanyi dan menari. Tapi, dia tidak punya jiwa bersaing. menjadikan muzik sebagai sebahagian dari hidupnya.
IU : Pil Soo seorang gadis yg kurang menarik dari segi fizikal tetapi mempunyai bakat yang luar biasa dalam nyanyian. Karakter Pil Sook sendiri adalah gadis yg ceria, gemuk tetapi cantik dan sensitif dan mudah jatuh cinta. Pil Sook nanti akan jatuh cinta dengan Jason.


**********************************

 sape yang rasa nak layan citer ni jugak leh ke link ni --->  DramaCrazy
huhuu.. gerenti korang kata best!  ok la nanti ada lagi aku post kan.. c ya! 

Popular Posts